Sunday, 3 June 2018

Bekerja Sebagai Penerjemah Bahasa

Di Indonesia tidak banyak yang mengetahui mengenai apa itu bekerja sebagai penerjemah. Meskipun demikian mereka mengerti sebahagian darinya memandang pekerjaan ini dengan sebelah mata. Padahal bekerja sebagai seorang penerjemah bahasa merupakaan pekerjaan yang sangat penting. Si penerjemah sangat berperanan penting sebagai satu jambatan lalu lintas dalam hal informasi dan pengetahuan antara negara diseluruh dunia. Anda boleh membayangkan, bagaimana yang akan terjadi jika tidak ada seorang penerjemah. Mungkin anda tidak dapat menikmati berbagai macam jenis karya, terutama pengarang buku, produser,dan buku yang bersumber dari berbagai Negara. Mungkin anda juga akan terperangkap tanpa adanya beberapa informasi dari berbagai Negara yang ada di seluruh dunia. Jadi dengan adanya seorang penerjemah anda dapat menikmati hiburan yang telah disajikan berupa novel ataupun filem meskipun novel atau filim tersebut berbahasa asing.
Peran penting dari seorang penerjemah
Seperti yang sudah kami terapkan sebelumnya, bahawa seorang penerjemah mempunyai peranan yang sangat penting sekali. Peranan yang dimiliki oleh seorang penerjemah diantaranya, menjadi seorang mediator antara berbagai Negara yang memiliki bermacam-macam perbezaan bahasa. Di seluruh dunia ini terdapat ribuan jiwa atau bahkan ratusan ribu bahasa yang berbeza-beza. Seluruh bahasa yang berbeza ini pasti merupakan salah satu warisan yang tidak dapat diukur nilai harganya ini akan terancam punah. Hal tersebut disababkan karena semakin sedikit penggunaan bahasa tersebut, bias saja semisalnya Bahasa tersebut merupakan bhs yang bersumber dari ibu mereka maka sebagian besar orang pasti lebih cenderung memakai bhs yg banyak digunakan oleh banyak orang maupun bhs yang dipakai  secara internasional. Semakin sedikitnya bahasa yang digunakan untuk sehari-hari oleh semua orang yang ada didunia ini akan mengancam keberadaan beberapa bahasa-bahasa tertentu.
Kemudian kita bisa menjalin hubungan dengan pihak lain dengan kata lain bisa, dan kita juga bisa mempunyai wawasan yang sangat luas di zaman era globalisasi yang sangat ketat ini, maka dari itu anda jangan malu ataupun ragu bila anda suatu saat bekerja sebagai seorang penerjemah bahasa.
Bekerja sebagai seorang penerjemah sama halnya dengan interpreter atau terminolog dimana pekerjaan tersebut mempunyai tanggung jawab untuk  bisa melestarikan bahasa yang berada di seluruh penjuru duniaPenerjemah sangat mempuanyai peranan penting untuk melindungi aneka bahasa tersebut sehingga bahasa yang terdapat di dunia ini bisa berinteraksi dengan harmonis. Perbedaan bahasa tidak akan menjadikannya suatu masalah. Yang paling penting yaitu semua orang bisa saling memahami meskipun mereka saling berkomunikasi atau berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang berbeda. Karena itu bekerja sebagai penerjemah bahasa pada saat ini sudah banyak diakui oleh orang lain karena mereka mampu untuk menjaga kelestarian bahasa.

Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Misi & Visi

MISI

    • Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju, selaras dengan Wawasan 2020;
    • Memperkaya dan memperkasa kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan dan penerbitan buku;
    • Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan dan penerbitan buku supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia;
    • Membangunkan  modal insan dalam industri penterjemahan dan penerbitan buku.

      VISI

      • Menjadi badan penterjemahan terunggul dan penerbit buku berkualiti.

      Objektif

      1. Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa;
      2. Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti dalam bahasa Melayu;
      3. Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa asing;
      4. Menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan karya asli dalam pelbagai genre;
      5. Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
      6. Memperluas promosi dan pemasaran khidmat serta produk ITBM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
      7. Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi melalui kursus dan latihan berkaitan terjemahan, penulisan dan penyuntingan;
      8. Memantapkan keupayaan kapasiti dan tadbir urus organisasi untuk menyediakan khidmat dan produk ITBM;
      9. Menyokong dan mendukung dasar kerajaan dan pihak berkepentingan dalam bidang terjemahan dan penerbitan buku;
      10. Meningkat dan mengoptimumkan penggunaan prasarana untuk menunjangi kelestarian bidang terjemahan dan penerbitan buku.
      11. Memantapkan keupayaan penterjemah, editor serta jurubahasa sambilan dan pengurusannya.


      TERAKHIR DIKEMASKINI: 04 JANUARI 2018
      BY WARTAWAN AGENDADAILY




      Kisah kecuaian staff Majlis Bandaraya Ipoh menterjemah dan kemudian menampalkan notis dalam bahasa inggeris di pintu masuk Pusat Penerangan Pelancongan Perak di Ipoh baru-baru ini mengundang ulasan Menteri Besar.
      Kalau kita kutip ulasan Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir mengenai isu ini, nyata beliau tidak dapat membendung perasaan keciwa serta terkesan sama perasaan  marah.
      Ketika rakyat Malaysia menyambut tahun baru 2018, isu ini menjadi viral di laman-laman maya sehingga mengundang “lawak bodoh” kalangan netizen.
      Untuk rekod kita petik dan siarkan  semula gambar notis yang tertampal di pintu masuk pejabat pelancongan seperti yang anda boleh lihat sendiri.
      Notis berbahasa Inggeris yang ditampal di pintu masuk pusat berkenaan minggu lepas memberitahu orang ramai bahawa premis tersebut ditutup pada 30 dan 31 Disember berikutan masalah talian Internet dan penyaman udara, namun hampir kesemua ayat menggunakan tatabahasa bahasa Inggeris yang kurang tepat.
      Kepada media pagi tadi Dr.Zambry sebagai peringatan berkata: “maklumkan kepada ketua terlebih dahulu (terjemahan atau penampalan notis)  . . . .sambil menambah “ . . . jangan memandai-mandai. . .”
      Katanya, ““jadikan ini pengajaran, mana-mana kakitangan sebelum mengeluarkan kenyataan atau apa-apa saja tulisan untuk tatapan awam perlu dimaklumkan kepada ketua masing-masing dulu.
      “Jangan memandai dan buat pandai kerana masalah bahasa ini elok ditanya dulu, kalau tak pasti rujuk dahulu kerana Ianya akan menjadi tatapan ramai serta melibatkan imej kita,” katanya.
      Kecuaian dalam terjemahan notis berkenaan dapat dikesan apabila pihak tertentu (staff MBI) menggunakan khidmat “Google Translate” seperti yang didedahkan Menteri Besar.
      Sebaik notis itu dibaca orang ramai ia segera menjadi viral terutama bagi netizen yang keciwa sikap cuai lantas memilih untuk menjadikan ia isu paling “popular” di Perak diawal tahun 2018.
      Bagi Menteri Besar,  kesalahan pada   penulisan notis dalam  Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak itu  berpunca dari terjemahan  ini.
      Ia  dipercayai kecuaian  seorang staf yang bertugas di pusat berkenaan.
      Hal-hal berkait dengan ejaan ataupun terjemahan dalam bahasa inggeris, turut membabitkan agensi kerajaan yang lain. Seperti dalam kes MAB (Malaysia Airport Bhd) juga mengalami hal sama apabila perkataan Merry Christmas dieja seperti berikut Mary. MAB kemudian meminta maaf kepada para pelanggannya sebaik menyedari kesilapan ini.
      Dalam sidang media itu Dr.Zambry turut menjelaskan kesalahan notis-kenyataan Bahasa Inggeris itu akibat kecuaian staff MBI  dan “ . . . adalah menjadi dasar bagi semua urusan rasmi kerajaan dimestikan menggunakan Bahasa Malaysia.
      ``Sebarang urusan dan penyampaian maklumat melibatkan urusan rasmi agensi kerajaan perlu menggunakan Bahasa Malaysia yang betul.
      “Tidak boleh mana-mana pihak walaupun mahir atau selesa berbahasa Inggeris untuk menggunakan bahasa tersebut kerana urusan rasmi kerajaan adalah dalam Bahasa Malaysia, saya membuat teguran kali ini dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.
      Menurutnya pihak tersebut tidak sepatutnya bertindak sedemikian dan sepatutnya memaklumkan kepada pihak pengurusan atasan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan.
      “Tak usah memandai-mandai kerana masalah bahasa adalah eloknya didapatkan panduan terlebih dahulu kerana ia dikhuatiri akan menjadi isu apabila ia dilihat oleh orang ramai.
      “Sebarang pengumuman umum oleh Jabatan Kerajaan perlu menggunakan bahasa pertama iaitu Bahasa Malaysia, bagi tujuan lain boleh pertimbangkan Bahasa Inggeris dengan terjemahan rasmi yang betul.
      “Tidak boleh mana-mana pihak walaupun mahir atau selesa berbahasa Inggeris untuk menggunakan bahasa tersebut kerana urusan rasmi kerajaan adalah dalam Bahasa Malaysia, saya membuat teguran kali ini dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” tegasnya.
      Sehubungan itu Dr Zambry  berharap  perkara seumpamanya ini tidak berulang lagi dimasa depan dan menjadi ingatan kepada semua pihak baik diperingkat bawahan dan juga pihak atasan.
      “Difahamkan kakitangan itu memakai kaedah Google Translet yang tidak boleh diterjemahkan terus begitu sahaja serta tidak mengikut susunan ayat yang betul.
      “Jangan pandai-pandai membuat terjemahan terus begitu, perkara ini mungkin nampak kecil tetapi menjadi bahan ketawa serta ada juga pihak melemparkan tomahan yang tidak sepatutnya malah ia tersebar dan tular di semua peringkat ,” katanya.
      Sementara itu Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dan akan memanggil anggota tersebut untuk mendapatkan penjelasan terperinci bagaimana kesilapan itu boleh berlaku.
      Beliau menegaskan sekiranya terdapat kecuaian jelas dan kesilapan tersebut dilakukan tanpa memikirkan risiko, pihak MBI akan memberi surat tunjuk sebab kepada anggota berkenaan agar dapat memberikan penjelasan secara bertulis.-4/1/2018

      Monday, 28 May 2018

      Menterjemah Fungsi Ayat

      Dalam menterjemah fungsi ayat kita hendaklah mengetahui sudut makna yang terbahagi kepada tiga jenis. Antaranya ialah, ayat maklumat ( informatif ), ayat perasaan ( emotif ), dan ayat arahan ( imperatif ).


      1. Jenis ayat arahan ialah: 
      • ayat perintah
      • ayat suruhan
      • ayat larangan termasuk tegahan
      • ayat panduan
      • ayat amaran termasuk ancaman
      • ayat undangan
      • ayat silaan
      • ayat ajakan
      • ayat gesaan
      • ayat tawaran
      • ayat peraturan
      2.  Jenis ayat perasaan

      • ayat marah
      • ayat gembira
      • ayat sanjungan
      • ayat ejekan
      • ayat dukaan
      • ayat sindiran
      • ayat cacian
      • ayat kutukan
      • ayat cabaran
      • ayat kejutan
      • ayat sesalan
      • ayat sumpahan
      • ayat bujukan

      PEMBAHAGIAN BUDAYA





      BUDAYA EKOLOGI
      Ø   Mengkaji makhluk hidup di habitatnya
      Ø  Ilmu yang mengkaji struktur alam dan fungsinya serta mengkaji manusia yang menjadi sebahagian daripada alam persekitaran semula jadi.
      Ø  Contoh: persekitaran-cuaca/muka bumi/tanah
      Ø  Tingkah laku manusia- corak pemikiran, perangai akhlak
      BUDAYA SOSIAL
      Ø  Berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat itu.
      Ø  Nama bagi pakaian, kenderaan, lauk pauk, bentuk seni dan sebagainya yang digunakan dalam masyarakat Arab adalah berbeza dengan masyarakat melayu.
      Ø  Contoh : pulut kuning dlm masy. melayu
      BUDAYA IDEOLOGI
      Ø  Berkaitan agama, kepercayaan, adat resam dan politik
      Ø  Hal2 ini lebih rumit diterjemhkan kerana berkaitan dengan emosi
      BUDAYA MATERIAL
      Ø     Berkaitan dengan kebendaan.

      BUDAYA DAN PENTERJEMAHAN


      1. hubungan antara bahasa dan budaya tidak dapat dipisahkan.
      2. penterjemahan turut melibatkan budaya
      3. memberi kesan yg besar kepada teori dan teknik terjemahan.- pemilihan teknik dan teori perlu dititik-beratkan selaras dengan genre teks yang akan  diterjemahakan


      DUA aspek yang perlu diterjemahkan dengan cara yang berbeza:

      1. TERJEMAHAN BAHASA: untuk menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahsa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal.

      2. TERJEMAHAN BUDAYA: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu kepada pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.

      SIFAT DAN FUNGSI KEBUDAYAAN







      SIFAT KEBUDAYAAN:

      • dipelajari oleh anggota masyarakat
      • tidak boleh diterima melalui baka atau warisan
      • diperaktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat


      FUNGSI KEBUDAYAAN:

      • mensosialkan anggota amsyarakat yang baru supaya menjadi seorang yang berfungsi dalam masyarakat
      • menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat
      • meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dengan orang luar
      • perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakat 

      Bekerja Sebagai Penerjemah Bahasa

      Di Indonesia tidak banyak yang mengetahui mengenai apa itu  bekerja sebagai penerjemah . Meskipun demikian mereka mengerti sebahagian darin...